![]()
**Member:Yazid ngah adjust cmera (muke serius je tngok) msa join outdoor baru2 ni…[gambar sesajer jer...tak da kena mengena dgn artikel]
Seringkali kita (terutamanya fotografer) dengar dari sekitar suasana “Selamat Pengantin Baru”yang kita shot tu ayat mcm tu.. knp agaknya? seringkali kita dengar mcm ni:
+”kenapa gambar saya tak de?”
bygkan setiap kenduri yg saya shot lbih kurang 1000-2000 gambar yang sy snap…tapi sy hya pilih 100-125 terbaik dari angka itu.. sy terpaksa melihat dengan teliti setiap gambar yg sy ambil (yg 1000-2000 gambar tu) dan memilih pula dengan teliti sehingga bilangannya hanya 100-125 sahaja. dan proses ini memakan masa paling cepat pun 2-3 hari…ini termasuklah mengedit gambar dan membuat saringan gambar berkali2.. selepas siap semua terpaksa pula membuat semakan kembali gambar2 yang dah dipilih keesokan harinya takut ada yang tersalah pandang &kurang impak. klu fotografer lain mungkin sehari boleh siap dengan album skali,tapi anda akan dapatlah kualiti gambar ‘sehari’…sy dilatih untuk tidak bersikap seperti ini…berbalik kepada persoalan asal,“kenapa gambar saya tak ada?”…jawapan saya mudah saja,gambar anda sebenarnya ada,tapi anda bukanlah fokus utama dalam album pengantin.. sy mungkin tangkap gambar anda masa bergambar bersama pengantin,tapi gambar anda tidak termasuk dalam 100-125 terbaik (bukanlah gambar anda tidak bagus,cuma ada gambar lain yang lebih bagus),dan saya tak mampu nak penuhi semua permintaan terutamanya yang bukan client sy..bygkan berpuluh orang yang bergambar dengan pengantin semua mengharap gambar mereka masuk dalam album!! anda baru seorang yang tya pun sy dah letih nak jawab.. tugas saya cuma berurusan dengan client dan hya mengikut sperti mana yg dikehendaki oleh client,sbb mereka yg bayar,bukan anda…klu pengantin yang bayar kemudian mereka bertanya “kami ni pengantin,knp gambar kami tak ada?”…masuk akal jugalah…sbb mereka fokus utama..
Pernah suatu ketika dulu ada job di area Sg Buloh,dan ada seorang pemuda (mungkin saudara mara pengantin) meminta softcopy gambar walaupun kenduri belum hbis lagi..!! Kami memintanya berurusan terus dengan pengantin kerana gambar ini dibayar sepenuhnya oleh pengantin,&kami tak boleh nak memberi sewenang-wenangnya kepada sesiapa pun..
KENAPA GAMBAR SAYA SIKIT JE?
Sebab anda bayar sikitlah.. semasa saya masih belum jadi Photog PixelArt memanglah saya caj hanya sekitar RM200-RM450…dan masa tu saya hanya MAMPU snap sekitar 600-700 gambar shj.. album hanya sekitar RM30,lepas dapat album pass-pass kat kgkawan bagi tengok pas tu dapat la bawak balik “album sambal belacan”…setahun lamanya saya gunakan aras harga yang sebegitu…bayangkan nak cover duit printing,editing,susun album,beli album,minyak moto,tiket Lrt bla bla bla dan semua saya buat sendiri…dan pernah satu ketika dulu saya kerugian sebab tak semena-mena hujan turun,ada gambar yang rosak &terpaksa diprint semula!!! itu belum lagi yang tanya2 bila nak siap album padahal saya baru je sampai rumah setelah seharian dok dalam bas sebab kenduri dia nun jauh di sana…namun sekarang saya sudah diterima masuk ke PixelArt dan segalanya berubah…RM750 untuk satu event itu pun ramai yang kata mahal…tapi kualiti yang diberi melebihi harga.. album bernilai lebih RM100 dan snap gambar 1000-2000 (itu klu saya lah,klu photog lain saya tak tau).. jadi janganlah nak compare nilai RM200-RM450 dengan nilai RM750…sememangnya jauh berbeza…ada photog lain yang caj pakej RM1000-RM2000,tapi kami masih under RM1000 basic pakej dengan kualiti yang hampir sama…
klu anda bekerja dan terasa susahnya bekerja,saya juga bekerja seperti anda…saya snap gambar dengan PASSION yang ada pada saya.. saya sering berusaha untuk dapatkan gambar yang terbaik…paling kurang pada mata saya.. tapi bila kerja itu tidak dapat balasan yang setimpal,PASSION akan menjadi TENSION.. maka hilanglah PASSION untuk edit gambar,buat album &susun gambar bla bla bla sebab dah TENSION…so,klu anda pernah tanya kenapa gambar sikit,kenapa itu,kenapa ini,itulah jawapannya.. tapi itu dulu lahh…kenapa saya cerita semua ni? sebab ramai yang tak alert dengan rate harga photog zaman sekarang…tapi tak semua macam tu…dulu ada seorang client yg nak tawar RM1000 pada saya untuk shot wedding dia,tapi saya tolak dan hanya caj ikut pakej PixelArt bernilai RM750…saya bukanlah professional,&saya hanya buat kerja ikut pakej yang sudah dipersetujui…sebab itu saya tolak… So,tepuk dada tanya akal sendirilah..
“BUKAN YANG TERBAIK,CUMA MAHU JADI YANG TERBAIK”
AMZARI TUMIRAN
PIXEL_ART PHOTOGRAPHY
www.mypixelarts.com